ABSTRAK
Kehadiran dinoflagelat bentos di dalam turus air sememangnya diketahui. Sebab kehadiran organisma ini di dalam bahagian ekosistem yang berbeza tidak diketahui. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti spesies dan kelimpahan sel dinoflagelat bentos di dalam turus air dan makrofit di dua lokasi berbeza iaitu di teluk separa tertutup dan di kawasan pesisir yang terbuka. Parameter fizikal-kimia (suhu, kemasinan, pH, oksigen terlarut) dan nutrien (nitrat dan fosfat) ditentukan. Keputusan menunjukkan di teluk, spesies yang banyak ditemui pada makrofit juga dijumpai banyak di dalam turus air. Spesies yang mendominasi makrofit dan turus air di teluk ialah Bysmatrum caponii. Namun, di kawasan pesisir, trendnya tidak jelas. Coolia didapati mendominasi makrofit tetapi Peridinium quinquecorne mendominasi turus air. Bacaan parameter fiziko-kimia di kedua-dua kawasan adalah sama kecuali nutrien. Keputusan menunjukkan bahawa jenis subtrak dan geomofologi yang berbeza mempengaruhi kelimpahan spesies yang hadir dalam makrofit dan turus air