Penilaian sifat-sifat fizikal dan mekanikal kayu Acacia mangium dan Acacia auriculiformis dari dua provenan
berbeza ia itu Papua New Guinea dan Queensland, Australia telah dijalankan. Tiga sampel pokok yang sihat
dari setiap provenan telah diambil dari Indonesia, Malaysia dan Thailand. Objektif utama kajian ini ialah
untuk menentukan kesan tapak, spesies atau provenan keatas sifat-sifat kayu ini. Kajian telah dijalankan
mengikut piawai BS 373. Keputusan menunjukkan ketumpatan bandingan dan sifat-sifat mekanikal kayu
dipengaruhi oleh spesies dan provenan. Sampel dari Indonesia menunjukkan keputusan terbaik berbanding
sampel dari Malaysia dan Thailand. A. auriculiformis mempunyai sifat-sifat yang lebih baik berbanding A.
mangium. Kajian ini juga mengesahkan bahawa provenan PNG lebih baik dari Queensland.