IMP (Islamic Manufacturing Practice) iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahanummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].
IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan “kepentingan Syahadah”.